:
E-BOOK


E-BUKU TAJUK RINGKASAN HARGA BELI
Psikologi Pendidikan: Belajar dari Model Terapan Rasulullah SAW

Pendidikan menjadi asas kepada pemindahan ilmu. Dengan demikian, adalah sangat penting untuk mengetahui bagaimanakah sesuatu ilmu dapat dipindahkan dengan berkesan. Dalam kandungan buku ini, model pengajaran Rasulullah SAW menjadi tumpuan perbahasan memandangkan Rasulullah SAW menempati posisi sebagai guru utama kepada Para Sahabat. Perbahasan dipecahkan kepada tiga domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor agar kaedah pengajaran tersebut lebih mudah untuk dikaitkan dengan konteks pendidikan semasa.

NP: RM15
PROMOSI: RM8
Psikologi Mengajar dan Belajar: Metodologi dan Pendekatan Islami

Mengajar dan Belajar adalah merupakan dua tugas yang paling mulia kepada manusia. Ini adalah kerana kedua-duanya mempengaruhi perkembangan hidup manusia. Dalam buku ini, tumpuan perbahasan adalah tentang metodologi pengajaran dan pembelajaran di zaman Rasulullah SAW bersama para sahabat. Metodologi ini adalah sangat penting untuk diketahui kerana ia bukan sahaja membina jasmani tetapi juga rohani manusia.

NP: RM15
PROMOSIRM8
 

Psikologi Komunikasi Islami: Teori dan Praktis

 

Dalam komunikasi berlandaskan Islam, tiga perkara yang perlu diketahui ialah komponen, fungsi dan epistemologi. Epistemologi dalam komunikasi adalah sangat penting kerana matlamat akhirnya adalah kebenaran yang mengacu kepada ketakwaan dan ketauhidan tentang keesaan dan keagungan Allah SWT. Turut dimuatkan dalam kandungan buku ini ialah amalan komunikasi yang dipraktikkan oleh Rasulullah SAW.

NP: RM15
PROMOSIRM8
 
Psikologi Kepimpinan Islami: Teori dan Praktis

Dua perkara yang menjadi kunci perbahasan dalam buku ini ialah teori kepimpinan kontemporari dan amalan kepimpinan yang dipraktikkan Rasulullah SAW meliputi etika, spiritual, politik, strategi, transformasi dan kualiti.

NP: RM15
PROMOSIRM8
 
Psikologi Keluarga Islami: Teori dan Praktis   Tiga perkara yang menjadi perhatian dalam kandungan buku ini ialah akidah, akhlak dan tanggungjawab yang perlu diberikan kepada ahli keluarga. Tunjang kepada kesejahteraan keluarga ialah dengan menitikberatkan pendidikan kerana tanpa pendidikan, segala bentuk pengetahuan yang berguna tidak dapat diserap dan dimanfaatkan dalam kehidupan. NP: RM15
PROMOSIRM8
 
  Psikologi Keusahawanan Islami: Teori dan Praktis   Tumpuan perbincangan dalam kandungan buku ini ialah berkenaan 13 gaya Rasulullah SAW bermula daripada niat hinggalah kepada kemahiran. Turut dimuatkan ialah adab-adab keusahawanan kerana ia juga berkaitan dengan psikologi.  NP: RM15
PROMOSIRM8
 

 

Kecerdasan Emosi dan Kepentingannya dalam Era Globalisasi   Kandungan buku ini dimulakan dengan sejarah perkembangan KE diikuti oleh pengukuran dan komponennya. Selanjutnya dihuraikan tentang pengaruh KE terhadap diri, organisasi dan industri serta kesan KE dalam kepimpinan. Turut dijelaskan ialah KE dalam Islam yang berkisar tentang kesedaran terhadap tanggungjawab dan perlaksanaan mengikut lunas-lunas syariat yang telah ditetapkan.  NP: RM15
PROMOSIRM8

Pengantar Psikoterapi: Menangani Permasalahan Jiwa Mengikut Kaedah Islam Tumpuan yang diberikan dalam kandungan buku ini selain memberi penjelasan tentang fungsi dan peranan psikoterapi ialah dengan mengetengahkan model-model psikoterapi yang dibina oleh tokoh-tokoh Islam. Antaranya ialah seperti Imam Al-Sakandari dan Imam Al-Mawardi NP: RM15
PROMOSIRM8
 

Pengantar Akhlak: Falsafah, Pendidikan, Etika, Pengembangan dan Psikologi Kandungan buku ini membahaskan tentang lima komponen utama akhlak iaitu falsafah yang berkaitan dengan tumpuan dan kepentingannya, pendidikan yang berkaitan dengan adab sebagai teras, etika yang berkaitan dengan konsep dan acuan, pengembangan yang berkaitan dengan faktor-faktor pembinaan, dan psikologi yang berkaitan dengan proses pembinaan. NP: RM15
PROMOSIRM8
 

Falsafah Jiwa: Konsep, Masalah dan Rawatan Buku ini menggunakan tajuk Falsafah Jiwa kerana wujudnya hubungan antara jiwa dengan peribadi. Dari jiwa lahir peribadi. Justeru masalah peribadi adalah berpunca dari masalah jiwa. Maka jiwa perlu dirawat. Tetapi perkara yang lebih penting berbanding dengan rawatan ialah pencegahan. Jiwa mesti sentiasa dibersihkan. Kandungan buku ini dipersembahkan dengan cara menghuraikan setiap perkara yang telah disebutkan diatas dengan pendekatan yang mudah difahami. NP: RM15
PROMOSIRM8
 
Cara Mudah Memahami Kaunseling Islam Isi kandungan buku ini bermula dengan konsep kaunseling Islam diikuti dengan fungsi dan perbandingannya dengan kaunseling Barat. Turut dimuatkan ialah peranan dan etika seorang kaunselor. Perkara penting yang diberi penekanan dalam buku ialah dengan meneladani pendekatan bimbingan dan kaunseling yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. NP: RM15
PROMOSIRM8
 
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Potensi Anak-Anak Jilid 1 Dalam buku pertama ini, tujuh kesedaran yang perlu ada dalam diri ibubapa dipersembahkan dalam usaha mengembangkan potensi anak-anak. Ketujuh-tujuh kesedaran tersebut adalah merupakan perkara yang paling asas bagi membentuk lingkungan atau suasana yang kondusif, sihat dan sejahtera. NP: RM15
PROMOSIRM8
 
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Potensi Anak-Anak Jilid 2 Setelah suasana yang kondusif terbina, maka barulah langkah-langkah yang berkaitan dengan pembinaan potensi dihuraikan. Sebanyak lapan langkah telah dipersembahkan dalam kandungan ini yang secara keseluruhannya tertumpu kepada peneladanan keperibadian dan perjalanan hidup Rasulullah SAW. NP: RM15
PROMOSIRM8
 

Siri Pembangunan Manusia

Dari Fantasi Tsubasa ke Misi Menjulang Piala Dunia: Analisis Bolasepak Jepun
Pengetahuan membezakan Jepun dengan negara-negara lain. Komitmen terhadap pengetahuan menjadikan Jepun cepat belajar, mahu belajar dan tidak lokek berkongsi pengetahuan. Dari sisi yang lain, pengetahuan meninggikan peradaban, mencorakkan kemajuan dan merealisasikan pencapaian. Walaupun kandungan ini dalam buku ini berlegar tentang bolasepak, namun intipati yang hendak dipersembahkan ialah bagaimana Jepun membangunkan potensi manusia menerusi pengetahuan yang dimiliki. NP: RM15
PROMOSIRM8
 

Siri Pembangunan Manusia

Bolasepak Singa Atlas: Analisis Tradisi Budaya Pemikiran dan Pencapaian

Maghribi adalah sebuah negara yang unik kerana ia berada di tengah-tengah budaya Arab dan Afrika. Namun disebabkan kedudukan yang sangat hampir dengan Eropah, pertembungan silang budaya meresapi dengan hebatnya di negara tersebut. Dari sudut positif, silang budaya tersebut memberi nilai tambah kepada keghairahan penduduknya terhadap sesuatu pencapaian. Bolasepak menjadi wadahnya di mana pencapaiannya menjadi simbol kemegahan bangsa dan menjadi pemangkin kepada siri kemajuan samada di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Dalam konteks pembangunan manusia, bolasepak mentransformasikan pemikiran dan perencanaan kepada bentuk kepimpinan dan penyerlahan bakat yang berwibawa. NP: RM15
PROMOSIRM8